Wednesday 17 April 2019

MATRIKULASI ATAU STPM? MANA LEBIH BAIK?

Jadi, Matrikulasi ataupun tingkatan 6? 

Ni pandangan saya :

Orang takut nak ambil matrik sebab katanya susah. Ada yang dah masuk matrik tapi ndak sampai sebulan sudah menangis mau keluar. So sad. Katanya susah namatey. Bah, sebelum tu, Kalau kamu pilih matrikulasi, ini antara kelebihan dia :

1. Pembelajaran ada 2 mod untuk sains tulen. Program Satu Tahun (PST/fast track) dan Program Dua Tahun (PDT). Kalau untuk aliran akaun, programnya hanya PST. Calon yang ditawarkan PST, kalau rasa-rasa fast track tu terlalu fast sampai tercungap-cungap, kamu boleh tukar mod PST ke PDT. Tapiiii calon PDT tidak boleh tukar ke PST.

2. Matrikulasi punya sistem pembelajaran memang full in english. Tulis jawapan waktu exam & tutorial pun must be in english. “Tapi saya lemah BI, teacher. Sebab tu saya takut sambung matrik”. Uiii jangan kamu risau, kalau di matrik, pensyarah memang tidak deliver lesson 100% in English, tapi automatically memang kamu akan terpandai sendiri juga tu English sebab atmosferanya yang hari-hari speaking malay + english. Don’t worry.

3. Matrikulasi, kalau aliran sains, memang ada 3 sesi tu. Kuliah, tutorial dan amali (Lab). Semua eksperimen tuuu, memang semua akan dibuat. Benda yang ko tidak pernah jumpa di sekolah, ko akan jumpa di matrik. Buret? Pipet? Tabung Uji? Penunu Bunsen yang semua boleh on? Matrik ada in sha Allah. Perfect.

4. Ada elaun. RM250 setiap bulan. Yuran matrik hanya perlu bayar pada awal2 tu ja, sekitar RM550+ kalau tidak silap. Ada asrama, ada air, ada cafe. Cafe tu ada yang murah ada yang mahal. Jadi, berbelanja jimat cermat. Kalau di Kolej Matrikulasi Labuan KML, kos sara hidup tinggi sikit sebab makanannya agak mahal sikit lah, tapi coklat international dia murah. Tapi tu makanan di luar, tapi makanan di jual di cafe matrik tu in sha Allah berbaloi.

5. Susah kah matrik? Matrik tidak susah kalau ko belajar. Kalau ko tidak belajar, memang semua susah. Kalau ko banyak drama banyak iklan banyak songeh, memang semua benda jadi susah. Padahal ko begitu gara-gara ko dengar cakap seniormu yang kononnya matrik ni susah. Kan? Jangan dengar cakap yang negatif, kita ada otak yang sendiri kita buleh control bah. Kita sendiri yang isi kita punya otak.

6. Lagi satu, matrik ni, kita akan di kelilingi oleh kawan-kawan sebaya kita (kalau tua pun tua setahun), so tiada istilah senioriti sampai jadi kes buli, disuruh ko mencuci kain ka, iron baju ka, oh teda. Di matrik, semua orang jaga hal sendiri kecuali kalau time bawangan kamu cakap pasal orang tu kamu punya hal lah 😝 Jangan pula kamu cakap di matrik tu kamu tidak cukup masa untuk belajar, padahal kamu ada masa untuk update media sosial, ada masa berdeting, membawang.. Don’t worry, saya dulu fast track jugak, tapi saya ada masa juga untuk tengok Running Man sambil makan maggi 😝  


7. Oh ya, kita dikelilingi oleh kawan-kawan bijak pandai yang result SPM nya dibanjiri gred A melimpah ruah. So, it inspires us! 😍


8. Cuma matrik ni, kita sudah berada di luar kawalan ibu bapa. Berjauhan. Jadi, yang sebelum ni acah-acah manja dengan parents, atau memang terlalu manja dengan mak bapak tu, memang selalunya culture shock, menangis lah, mau balik lah, mau dilawat lah. Benda tu cliche, kita yang hati sado ni, abaikan benda tu, cuci kain kamu, jangan peduli diorang. Masa tu jugalah kita punya taat dengan orang tua akan diuji. Ada yang menipu orang tua, katanya ni tengah belajar, padahal tu tengah berdeting. Uh oh

9. Last. Mesti mention ni! Dia punya bazaar Ramadhan, memang best! Ko tidak jumpa ni nanti kalau ko sudah di universiti. Hehe

10. Pensyarah dia? Semua best! Entah lah, cara diorang ajar, semua masuk otak.



Kalau STPM pula macam mana?

1. STPM ni kalau saya tidak silap, mod pengajian semuanya ambil masa total 2 tahun.

2. Duduk di rumah/asrama.

3. Tiada elaun tapi jimat sebab makan di rumah sendiri/dewan makan sekolah (kalau tinggal di asrama)

4. Diajar oleh guru pra-universiti.

5. Peralatan untuk buat Eksperimen tu bergantung kepada keadaan radas (kalau ada, adalah. Kalau tiada, tidak apa lah) - ni kawan yang ambil STPM aliran sains cakap lah.

6. Pembelajaran tidak rushing in sha Allah. It’s kinda rushing juga sebab ada silibus yang perlu dihabiskan, assignment pun ada.

7 Dilaksanakan di sekolah. Sama ada sekolah lama atau sekolah baru, bergantung kepada sekolah yang anda pilih/ditawarkan.

Kesimpulannya, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada anda. Istikharah, in sha Allah dapat petunjuk. Tapi, kalau kamu layak matrikulasi dan STPM, saya cadangkan,pilihlah matrikulasi. Apapun, ukur baju di badan sendiri. Ia tak sesusah yang dibayangkan. It is just fine. :)

Saya alumni Kolej Matrikulasi Labuan. Memori di KML memang indah belaka. I miss KML. 😍

Antara kenangan indah di KML dulu.. 







Sunday 9 December 2018

RESEPI POPIA GORENG RANGUP SEDAP

Assalamualaikum, dah lama tak update entry so here saya nak share resepi popia goreng yang simple tapi sedap, dan yang paling penting, berbaloi. Kalau beli kat luar, tak berapa nak berbaloi sebab RM2 baru dapat 3 biji, tu pun kurang rangup dan inti agak kureng sikit. So, direct to the point, inilah resepinya.. 

BAHAN - BAHAN : 

  1. Kulit popia tak kisah jenama apa (saya guna brand Pertama yang saiz besar)
  2. Bawang besar (potong dadu, lebih kecil lebih baik)
  3.  Sayur Campur Frozen instant (yang jagung+lobak+kacang ijau)
    Sayur apa pun tak kesah tapi sebab nak cepat dan sedap saya guna mixed instant vege ni. Ni ada jual kata mana-mana supermarket bahagian frozen
  4. Kentang rebus yang dipotong dadu (potato tu rebus dulu) tak nak letak kentang pun boleh
  5. Fishcake/ Sosej (optional. Kalau nak sedap, bolehlah letak)
    ayam pun boleh jugak cuma leceh sikit 😀😀
  6. Sedikit tepung + air (untuk jadikan gam bagi popia tu lekat lepas gulung)

CARA - CARA :
A. MASAK INTI DULU 

  1. Panaskan minyak. 
  2. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu tadi. 
  3. Dah naik bau, masukkan sosej/fishcake atau apa2 je la lauk yang ko nak letak. 
  4. Pastu, masukkan sayur campur tadi (pastikan ko dah cuci sayur tu sebelum masak).
  5. Masukkan air - bagi sayur tu lembut
  6. Masukkan kentang yang dah direbus tadi. 
  7. Masukkan garam dan secukup rasa. (ni agak2 sendiri sebab kalau masak banyak, banyak lah jugak garam diperlukan, make sure rasa dulu kot2 tawar ke terlebih masin ke)
  8. Dah, inti dah siap. 

B. ROLL POPIA

  1. Sementara tunggu inti popia tadi sejuk, pisahkan helaian demi helaian kulit popia.
  2. Kemudian, letakkan inti yang dimasak tadi di atas kulit popia tadi dan gulung lah popia tu (ikut design nak bentuk popia cam mana) 
  3.  Di hujung gulungan, letakkan air tepung (no.6 dalam bahan2 kat atas) untuk lekatkan kulit popia tu. 
  4. Goreng popia sampai dah bertukar warna ke medium dark brown keperang-perangan. Ni kena deep fry dan pastikan api jangan kuat sangat. In sha Allah rangup. 
  5. Dah siap, dan bolehlah makaaaan!



     Kentang yang dipotong dadu (dah direbus)


     Bawang besar + sosej yang dipotong dadu 


     Sayur campur instant 


    Inti dah siap masak!

     Gulung popia macam ni. Hujung tu untuk letak air tepung!

    Popia dah siap masak! Bila makan, memang bunyi dia krup krap krup krap 😋😋😋😋


    Selamat mencuba!

     

Wednesday 30 May 2018

MODUL UJIAN MEMBUAT PERKAITAN ANTARA KONSEP TOPIK DAYA DAN GERAKAN

Modul ini telah mendapat kesahan dan kebolehpercayaan daripada Pakar Jabatan Fizik yang baik dan boleh digunakan untuk tujuan pentaksiran dalam pendidikan. Modul ini merupakan sebahagian daripada instrumen yang dibangunkan di dalam Kajian Penyelidikan (TESIS).

UJIAN MEMBUAT PERKAITAN ANTARA KONSEP

Saturday 3 February 2018

RESEPI PAU PALING SIMPLE TAPI SEDAP SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak share tentang resepi pau yang paling simple, senang dan yang paling penting SEDAP. 

Ok, direct to the point teruslah.

Bahan - bahan :

4 cawan tepung pau (tepung gandum pun boleh tapi nanti pau tak jadi warna putih cerah)
1 paket yis Mauripan (11g)
Setengah cawan air suam
1 1/2 cawan air.
1 sudu gula. 
1 cubit garam.
sudu minyak jagung. (minyak masak pun boleh)
Inti kacang merah (beli kat supermarket yang dah siap punya inti)


Cara-cara :

  1. Campurkan 1 paket yis mauripan + 1/2 cawan air suam + 1 sudu gula + secubit garam di dalam bekas lain (kecil). 
  2. Dalam bekas yang lain (pilih bekas yang besar), masukkan 4 cawan tepung pau.
  3. Campurkan semua bahan  no.1 dalam bekas besar yang mengandungi tepung tadi.
  4. Uli menjadi doh.
  5. Campurkan 1 1/2 cawan air sedikit demi sedikit. Jangan campurkan air semua terus ya nanti doh menjadi liat. Kalau doh dah cantik, jangan campurkan air lagi. Nanti liat. 
  6. Campurkan  1 sudu minyak.
  7. Uli kesemua ni saaaaaampailah terbentuk doh yang cantik. Doh yang ok adalah doh yang tidak melekat dah kat tangan. Kalau melekat sikit-sikit tu kira ok juga.
  8. Biarkan selama sejam. Tutup bekas yang ada doh kat dalam tu dengan kain lembap/ pinggan atau apa sajalah janji tertutup.
  9. Bentukkan menjadi bulat-bulat dan leperkan untuk memasukkan inti kemudian bentukkan menjadi bulat sekali lagi. 
  10. Letakkan di atas kertas/ daun pisang. 
  11. Panaskan air yang digunakan untuk mengukus.
  12. Kukus selama 15-20 minit dengan api yang perlahan.


Ni doh yang dah siap diuli.




Pau yang dah siap!. Gebu dan sedap. 


Selamat mencuba. ✌✌😄😄




Friday 26 January 2018

PERIBAHASA BAHASA INGGERIS (PROVERB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maaf, sebab dah lama tak update entri. So kali ni, nak update tentang PERIBAHASA BAHASA INGGERIS dengan terjemahan Bahasa Malaysia. Entri ni saya akan update untuk masukkan proverb ataupun idioms untuk kegunaan para pelajar membina karangan dengan menyelitkan idioms supaya karangan nampak lebih sedap dan baik untuk dibaca pemeriksa.

So here the idioms..

1. A bad penny always turns up.

Maksudnya : Kejadian yang kita tak suka/ tak ingini ataupun orang yang kita tak suka selalunya akan datang kepada kita semula. Proverb ni kita boleh guna untuk situasi seperti di mana-mana sahaja kita berada, mesti ada orang yang perangainya kita tak suka, or anti kat kita or kita yang anti kat dia.


2. A barking dog never bites.

Maksudnya : Orang yang suka bagi warning/ mengugut tapi dia tak buat pun ugutan tu. Acah-acah ja. Contohnya, cikgu warning siapa yang tak hantar homework, nanti dia akan denda. Padahal, when it comes to the submission day, kita tak hantar, cikgu tak denda pun. 😉

3. A bird in the hand is worth two in the bush :

Maksudnya : Lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada daripada berangan nak sesuatu yang tak pasti jadi milik kita. Contohnya, kita memang dah ada pekerjaan yang tetap dan baik, tapi kita nak lagi apply pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan sedangkan belum tentu lagi kita dapat pekerjaan yg kita apply tu. Moralnya, janganlah tamak dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.


4. Clutch at straw : 

Maksudnya : Berusaha untuk mencari apapun jalan untuk keluar dari keadaan terdesak walau bagaimanapun sukarnya yang kita lalui. Segenting apapun keadaan kita, berusahalah untuk mencari jalan keluar like clutch at straw.


5. A fool and his money are soon parted :

Maksudnya : Orang yang suka membazir, boros,  dan tak menabung, akhirnya akan muflis dan susah kelak.


6. A fish rots from the head down : 

Maksudnya : Suatu organisasi yang gagal itu berpunca daripada pemimpinnya/ kepimpinannya (cara mengurus sesuatu organisasi.
Contoh organisasi : Negeri, negara, kelab, persatuan, rumah tangga, dan banyak lagi.


7. A friend in need is a friend indeed:

Maksudnya : Orang yang ada sewaktu kita susah itulah orang yang boleh kita harapkan/ percayai.



8. A good beginning makes a good ending :

Maksudnya : Sesuatu yang dimulai dengan baik, akan berakhir dengan sesuatu yang baik juga. Contohnya, suatu perkara yang kita hendak lakukan itu mestilah dimulakan dengan niat yang baik, in sha Allah, ia akan berakhir dengan suatu hasil yang WOW! Semuanya dimulakan dengan niat.



9. A good man is hard to find :

Maksudnya : Seseorang yang baik, yang menepati cita rasa kita, memang susah nak dicari. (cari jodoh)


10.  A house is not a home : 

Maksudnya : House dan home bermaksud rumah. Tapi, bezanya (House) Rumah itu hanyalah suatu struktur manakala rumah (home) itu bermaksud satu tempat yang penuh dengan memori, dengan senyum tawa suka dan duka keluarga, ayah, mak, adik-beradik, suami isteri.. 😊😊


11. A journey of thousand miles begins with a single step :

Maksudnya : Setiap kejayaan itu bermula dengan satu usaha yang kecil.


12. A little learning is a dangerous thing :

Maksudnya : Ilmu yang sedikit itu amatlah berbahaya kerana boleh menipu/menyesatkan orang lain. Contohnya, dia baru ja belajar sedikit tentang agama, dia terus dengan penuh yakinnya sebarkan ke orang lain sehingga mengelirukan orang ramai.


13. A penny saved is a penny earned :

Proverb ini biasanya digunakan untuk amalan menabung mcm peribahasa melayu kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


14. A bad workman always blame his tools :

Maksudnya : Apabila seseorang itu mengalami sesuatu yang tidak baik, dia akan menyalahkan orang lain daripada menyalahhkan diri sendiri sedangkan ia berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri . Contohnya, dalam satu pertandingan, dia mengalami kekalahan. Malangnya, dalam kekalahan itu, dia terus menyalahkan orang lain sedangkan dialah punca kekalahan itu terjadi.


15. A problem shared is a problem halved :

Maksudnya : Masalah yang dikongsi dengan orang kita boleh percaya itu akan memberikan satu perasaan lega pada kita.


Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. :)

Thursday 28 December 2017

MUKA TERUK DISEBABKAN PRODUK TEMPATAN

Assalamualaikum & hi everyone!

So kali ni aku nak cerita panjang sikit tentang satu produk yang membuatkan kulit aku floles seketika tapi merana dengan jerawat yang teruk lepas tu. Produk tu ialah produk Pati Ibu Putih Jannah Lawa. Ni adalah produk tempatan yang menjanjikan kesan-kesan kecantikan pada kulit yang superb. Disebabkan aku nak try, dan tengok kulit muka orang lain makin floles, so aku beli dengan harga RM80 kat kedai yang jual produk kosmetik tempatan. Sebulan pakai, ok kulit caaaaaaantik sangat. Jerawat tak tumbuh langsung. Makin cerah. Ramai kawan tanya, ko pakai apa weh? Dengan bangganya aku cakap, aku pakai Pati Ibu Putih Jannah Lawa macam gambar kat bawah ni,


PATI IBU PUTIH
JANNAH LAWA 
Sumber : Google 


Lepas aku pakai sebotol ni, aku try la beli kat kedai yang tempat aku beli produk ni dulu tapi stok dah habes. So aku stop kejap dalam sebulan. Jerawat pasir naik bermula di kawasan dagu. So, aku cepat-cepat nak beli produk ni balik, gigih cari kat Instagram. Oder benda ni dan dalam masa 3 hari sampai. By the way, beli kat insta murah dari beli kat kedai, around RM55 kalau tak silap. Bila dah sampai, aku tengok pati ibu putih yang aku beli tu tak berwarna putih tapi kekuningan sikit. Mungkin stok lama kot. Takpe. Aku husnuzon je sebab akak yang jual kat insta tu cakap produk dia jual tu ORIGINAL dan BOLEH REFUND KALAU TAK ORI. Haha. So, aku pakai je la sampai habis botol kedua ni.

Tapi, jerawat pasir aku tak sembuh-sembuh kat dagu. Bila aku tengok perati betul-betul kat tingkap, banyak sangat blackhead kat dahi. Aku picit bagi keluar, yes memang sedap lah tengok jerawat tu keluar macam tu. 😅 Tapi, since aku stop pakai benda ni kejap, jerawat pasir tadi makin lama makin teruk. Ada yang bernanah, dan ada yang baru muncul. Bermula dari dagu saaampai lah ke pipi.

Aku tak tahu sama ada punca sebenar dari Pati Ibu Putih tu tapi setakat produk yang aku pakai, aku memang pakai tu je sekali dengan cleanser pati ibu putih tu jugak. Mungkin akak tu jual produk yang dah expired tapi kalau tengok kotak xda expired pun. Lulusan KKM memang ada. Tapi, mungkin akak tu jual yang the fake one? Entahlah.. Aku taknak buruk sangka tapi muka memang teruk gila sampai mak aku no idea macam mana nak tolong recover muka aku balik. Ni lah muka aku lepas stop pakai Jannah Lawwa Pati Ibu Putih tu :





Memang breakout teruk gila lah. Bernanah sana sini 😭😭 Nasib baik my beloved one tetap stay dan support ja apa aku buat! haha. ILY.

So, how I treat all these?

1. Ubat Jerawat Dalacin T


Gambar ni aku cedok dari Google. Ok, ubat jerawat Dalacin T ni sangat mujarab untuk rawat jerawat. Sebabnya, ubat ni mengandungi Clindamycin yang merupakan antibiotik untuk sembuhkan jerawat dari bawah kulit. Seminggu dua alhamdulillah dah nampak banyak perubahan kat muka. By the way, ubat jerawat ni sama je dengan T3 Mycin lotion ataupun T3 Mycin Gel, Tidact Gel, atau apa je brand pun janji ada Clindamycin. Semua berkesan untuk jerawat sebab mengandungi mycin tu. Tapi, Dalacin T ni mahal lah jugak compared to T3 Mycin dan Tidact. Sebab, Dalacin T ni produk dari luar negara dan T3 ni dalam negara yang pharmacist buat (?), well aku pun tak sure tapi ni lah pharmacist yang bagitau kat aku masa nak beli Dalacin T buat kali kedua, tapi stock abis. So, aku pakai je lah T3 Mycin, pun ok. Bila bajet kureng, aku beli Tidact gel macam gambar kat bawah ni :



Ni ubat jerawat aku pakai bila jerawat aku naik lah. Brand Tidact ni murah, beli kat farmasi RM15 kot kalau tak silap. Efektif sama je dengan Dalacin T dan T3 Mycin tu. Tapi, kesemua ni, nama pun antibiotik. So, pakai untuk jerawat yang teruk je. Kalau pakai untuk jerawat kecil-kecil seketul dua tu, pakai je lah Oxy ke, tea tree oil ke, NuTeen ke, or anything with azelaic acid/ Benzac / salicylic acid. Sebabnya, takut kulit muka jadi immune dengan Clindamycin huhu.


2. Cleanser 

Cleanser ataupun pencuci muka yang best untuk acne prone skin macam aku, ada tiga.

First one is, Bio Essence Miracle Bio Water Soothing Cleanser




Produk ni best. OK. Bantu kecutkan jerawat sebab dia mengandungi salicylic acid. Lepas cuci muka, feel so clean, fresh dan cool ja kat muka.Memang ok sangat lah pencuci muka ni. Sesuai untuk sensitive skin dan yang paling penting, dia soap free!. Ni antara produk bio essence yang specialized untuk jerawat selain daripada pencuci muka range snail tu. Sudah tentu aku akan beli lagi produk ni kalo dah habis. Kalau ada jerawat pun dia takkan buat jerawat tu makin besar tapi dia bantu untuk kecutkan dan keringkan lagi secepat yang dia mampu 😁😁


2. Bio Essence Tanaka Bio White Advanced Whitening Cleanser
Cleanser ni aku pakai lepas Bio Essence dah tak keluarkan yang Tanaka White double whitening ni. Aku pakai ni setiap kali sebelum tidur, ataupun lepas aku bersihkan muka dari segala foundation guna Garnier Micellar Water yang kaler biru. Sebab? Dia berbuih dan yang paling penting, dia membantu mengurangkan redness kat muka, sunburn dan pudarkan parut jerawat sikit lah. Aku juga pernah pakai cleanser snail Bio Essence tapi tak taulah stock Snail ni selalu sangat habis, lepas tu takde value buy macam beli 2 dengan harga jimat. Buat masa ni, aku pakai ni sangat ok lah! High recommended. hehe.

3. Cetaphil Gentle Cleanser



Cetaphil ni agak pricy sikit yang oily skin punya cleanser tu so aku try dulu yang gentle skin punya cleanser. Kebetulan Watson buat sale, RM15 ja, so aku grab lah satu. Orang kata produk ni best untuk jerawat. Tapi, ni dah masuk botol ke-4 aku pakai. The problem is, cleanser ni macam pakai ke tak pakai ke sama je 😅😅 Ada orang pakai, naik jerawat pasir. Tapi alhamdulillah aku tak. It just help my skin untuk calm gitu, bertenang, 😍 Abang aku cakap, cetaphil ni memang ok, elok untuk kulit, tapi tak sesuai dipakai untuk jangka masa yang panjang sebab bahan yang diguna untuk Cetaphil ni agak tak baik untuk kesan jangka panjang sebab dia mengandungi SLS, paraben lagi.. huhu. So buat masa ni, aku tak repurchase lah. Habiskan ja botol ke-4 ni.


3. Toner. Ok, aku pakai Bio White Advanced Whitening Refiner dari brand Bio Essence. Korang boleh baca kat sini, my toner review.


4.  Make Up Remover. Setakat ni, aku pakai make up remover yang penutup dia kaler biru brand Garnier sebab aku oily + sensitive skin. Lepas pakai, dap dap kat kapas dan sapu kat muka, aku akan basuh muka guna cleanser. Maksudnya, aku buat double cleansing sebab dia sangat penting untuk elakkan jerawat pasir/ pori-pori tersumbat. Ni dah masuk botol ketiga, dan memang ok lah. Lagipun, walaupun aku tak pakai make up or what, pakai bedak serbuk ja, tapi kena juga pakai make up remover untuk buat double cleansing supaya bersih dan pori tak tersumbat.

5. Sunblock. Ok sunblock ni sangatlah penting dan asas kepada segala apa yang ko nak tempek kat muka bila keluar dari rumah waktu siang. Sebab, UV tu juga akan menyumbatkan pori-pori, menyebabkan minyak muka dah boleh buat goreng ikan. Buat masa ni, aku pakai sunblock Bio Essence sebab yang tu ideal for sensitive skin dan yang paling penting water based!. Dia tak menyebabkan pori tersumbat ataupun naik jerawat lepas pakai. Sampai sekarang aku still pakai sunblock ni hehe.

6. Pelembap muka. Aku pakai dua brand. First, brand Cetaphil. Yang ni, brand Cetaphil punya pelembab ni sangat ok, melembapkan muka. Dia tak comedogenic, which means tak menyebabkan pori tersumbat, tak menyebabkan jerawat pun. Sesuai dengan kulit muka aku. Walaupun botol kecik, tapi tahan lama. Dah 2 bulan pakai sebab aku pakai waktu malam ja, tu pun tempek sikit ja sebab taknak muka nampak oily sangat. Then, aku pakai Night Jelly dari brand Naruko kaler hijau, Tea Tree based. Ok, saaaaaaaaaaaaaangat ok. Yang ni aku boleh rate 5 bintang sebab dia membantu kawal minyak. Pakai malam, bila dah siang kulit tak rasa berminyak pun! Yang paling penting, dia membantu kecutkan jerawat aku especially kalau jerawat yang naik masa peak of the month tu haha! Tapi best, bekas kecik ja tapi tahan lama. Hehe

7. Parut jerawat. K untuk parut, aku pernah try

- Azanis Scar Serum. Review: Menyebabkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak. sedih gila 😭
- Cosmoderm Cream, 1,000 iu : Ok lah, membantu  memudarkan parut tapi lambat. Pastu, menyebabkan ada jerawat kecik-kecik naik kat muka. Susah hati aku dibuatnya so aku try lain.
- Derma Health's SkinLab : Ok sangat, murah, wangi dan memang dia pudarkan parut jerawat. Sebulan ja dah boleh nampak hasil. Kulit pun makin cerah. Cuma hari tu benda alah ni dah habis, so aku try pulak serum lain..




- Palmer's Cocoa Butter Scar Serum & Oil. Yang ni aku pakai sekali dengan minyak dia. Yang ni heaven gila sebab dia memang boleh nampak kesan parut tu makin pudar lepas 2 minggu! Tapi aku tak bawa tidur la benda ni sebab serumnya melekit dan oily, oil dia pulak dan memang oil. 😂So, kalau bawa tidur, aku takut muka aku dah berminyak tahap tak boleh bawak bincang. Tapi ok lah. Kalau korang nak try, try lah botol kecik dulu, takut menyesal pulak haha. By the way, untuk parut jerawat, high recommended untuk guna produk yang ada Vitamin E. Aku pun consume juga vitamin C dan E dari brand Shaklee, lepas dah habis sebotol, aku consume Dianz pulak.


Palmer's Cocoa Butter 
Skin Therapy Oil.

Sorry, serum lupa nak snap!😅

By the way, this is my skin now!





Wednesday 27 December 2017

REVIEW BIO ESSENCE ADVANCED WHITENING TONER

Assalamualaikum & hi everyone!

Hari ni nak review pasal Bio Essence Advanced Whitening toner after using it for a month. Aku nak buat review toner-toner yang aku pernah pakai sebelum ni haha. Sebelum ni pernah guna toner dari brand Ginvera dan Aiken macam gambar kat bawah ni:

Sorry, aku cedok gambar ni dari Google, sorry madam Google. Ok, toner Aiken ni sangat elok untuk jerawat sebab dia mengandungi Tea Tree yang good untuk control blemish dan salicylic acid yang bagus untuk kecutkan jerawat. Masalahnya, it doesn't help untuk kecutkan jerawat pasir aku yang berlambak kat dahi. Aku baca review orang pasal toner ni semua best-best. Tapi mungkin kulit orang tak sama kan, jadi dia macam tak berapa function kat kulit aku. Murah tu memang sangat murah,harga mampu milik around RM5 - RM6. Tapi tu lah, jerawat pasir masih bermaharaja lelah walaupun aku dah letak sekali dengan ubat jerawat. Kulit pun makin kusam. So, I stop.

Repurchase? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi kawan aku ada jerawat nanah-nanah tu, jerawat dia makin elok bila pakai toner ni.




So next one : Toner Ginvera.



TONER GINVERA


Aku beli toner Ginvera ni sebab aku teringin nak pakai toner yang jenis main spray ni. Murah lah jugak dalam RM17 cam tu. Aku pakai seminggu rasa ok lah. Ada lah jugak jerawat satu dua naik macam tu, tapi aku ingat tu mungkin sebab typical kulit aku yang jenis acne prone atau mungkin baru nak adapt dengan toner ni. Cuma masalah bila pakai toner ni is aku tak rasa pun spray toner ni cover muka aku yang panjang ni haha. Dua tiga minggu pakai macam tu, tiba-tiba jerawat naik berjemaah. Setiap kali aku pakai toner ni, mesti ada jerawat baru muncul. Jadi, aku stop. Mungkin tak sesuai dengan kulit muka aku walaupun it contains green tea yang good for healthier skin. But doesn't work for me huaarghhh!!! 😭😭

Repurchase : NO.



Next : TONER BIO ESSENCE ADVANCED WHITENING TANAKA



BIO ESSENCE 
TANAKA BIO-WHITE WHITENING REFINER

Toner ni aku dah pakai sebulan dah saaaampailah sekarang. Ok Alhamdulillah dia betul-betul membantu untuk refine pores dan at the same time make my skin brighter! Yang paling best, lepas pakai toner ni walaupun dah sebulan, jerawat baru susah nak tumbuh dan jerawat pasir sudah tiada. Yang paling penting, toner ni tidak membuatkan pori-pori aku clogged/tersumbat macam Ginvera tu. Memang tak ngam betul toner Ginvera tu dengan aku sedih betul. Huhuhu.. Well, produk Bio Essence ni alhamdulillah semua boleh masuk dengan kulit aku. Dulu pernah pakai toner Tanaka White dari brand Bio Essence juga, tapi hasilnya so-so. Sekarang dia dah update produk ni p ADVANCED WHITENING TANAKA, dah oh my God hasilnya memang superb!. Alhamdulillah 😀😀.. Harga dalam RM40+ kot kalau tak silap, boleh dapat kat Watson. Kalau brand Bio Essence ni selalunya lebih murah kat Watson compared to Guardian. 


Repurchase : YES 😄😄😄

Friday 8 December 2017

Kisah Jerawat Aku

Assalamualaikum everyone!

Sebab cuti semester agak panjang, dan bosan tak tau nak buat apa, so I decide untuk bersihkan habuk-habuk kat laptop ni dengan aktif berblog semula! hehe.. Hari ni aku nak buat entri blog tentang review cleanser/ produk yang aku pakai dulu. Well, aku jenis ACNE PRONE SKIN punya kulit muka. Agak sensitif.

Well dulu time zaman sekolah aku cuma pakai cleanser Safi timun yang hijau tu. Ok tu memang ok sebab dia murah. Mak aku pun belikan yang tu ja selalu sebab mak aku cakap kalo pakai cleanser tu, stick dengan tu ja. Masa sekolah dulu, memang lah muka jenis oily ni kalau tak naik jerawat memang tak sah! Jadi aku memang ada lah biji-biji kecik tu kat muka! Nak kata kulit kusam tu yes ofkos lah! Tapi sebab malas jaga muka so tak ambik kesah pun masa tu.


Sumber : Google. 

Ok masa dah masuk matrik, dah start jauh dengan mak dan masa tu lah duduk dengan kawan-kawan yang jenis berskin care ni. Maka, aku pun terjebak jugak dengan diorang sebab masa tu trend produk local ni makin femes. (Tahun : 2013). So aku pun try lah jugak Sabun Beras sebab ramai orang pakai sabun beras tu waktu tu. Tapi lepas pakai tu memula ok, rasa kulit makin cantik, tapi seminggu ja cantik ok. Lepas tu, setiap kali pakai, aku dapat rasakan yang kulit muka aku ni tegang dan kering ja lepas pakai. Tapi, kalau tengah kuliah, muka ni oily sangat-sangat -sangat. 

Sumber : Google

Sejak pakai sabun beras ni, muka aku yang tak pernah naik jerawat bernanah tu, kat situlah dia berjinak-jinak. Masa tu takda lah teruk mana pun, just jerawat pasir di dahi dan seketul dua jerawat bernanah di batu. K, dah insaf, tukar cleanser lain pulak!

Aku try macam-macam produk masa tu untuk pulihkan balik muka, tapi semuanya rosakkan muka aku ja. Antaranya :

1. Jamu Ratu Malaya. 

Bio Miracle Action Cream & Serum 
Jamu Ratu 
Sumber : Google

Aku pakai yang ni, memang muka aku dari berjerawat teruk lah! Mak aku pun naik risau tengok muka aku  masa tu. Jerawat aku kalau kena serum tu, memang pedih weh! Pedih dia sampai aku boleh sebut "ssssss" sebab rasa panas-pedas kat jerawat tu haha! Buang duit aku je. Aku beli ni sebab aku terpengaruh dengan kata promoter waktu jalan-jalan kat Ujana Kewangan Labuan waktu tu. Aku try habiskan satu set, muka aku jadi merah-merah, pedih, berjerawat teruk. 

2. Sabun Gluta Kojic


Sumber : Google


Sabun ni buat muka aku lagi tegang. Jerawat lama sembuh tapi tinggal parut. Dua tiga hari lepas tu, jerawat baru naik beranak-anak. Bernanah? Ofkos. Aku dapat rasakan kulit muka aku makin nipis sebab bila aku jalan under sunlight memang muka aku pedih macam pipi kiri tarik pipi kanan, main tarik tali ok!. 


3. Safi Balqis Perfect 10.


Sumber : Google

Lepas pakai cleanser kat atas, aku tukar pula ke Safi Balqis ni. Memang tak ngam langsung! Muka aku takda perubahan. Gatal-gatal adalah. Mungkin tak sesuai dengan kulit muka aku sebab orang lain pakai ok ja. Mak aku pakai elok ja. Tapi mungkin sebab kulit muka aku dah rosak oleh produk kat atas tadi, maka mungkin Safi dah tak nak kawan dengan kulit muka aku lagi. Aku cuba Safi Timun balik pun, dah tak works dah! Memang aku dah fedap dah. 


Masa matrikulasi ni lah, mukaa aku breakout bernanah buat kali pertama. Huhu.. Suppliment semua ni aku tak ambil pun sebab tak terfikir pun. Tapi waktu zaman matrikulasi ni lah kan, aku mengalami zaman kejatuhan dan kegemilangan jerawat haha. Dah sebulan lagi nak tamat matrik, masa tu lah aku jumpa penawar kepada jerawat aku iaitu, 


MY ACNE TREATMENT 



1. Bio ESSENCE Tanaka White Cleanser

Sumber : Google 

Alhamdulillah, cleanser Bio ESSENCE yang ni ngam dengan kulit aku. Masa mula-mula purchase kat Guardian, price dalam RM18 macam tu kot, tak ingat dah, memang aku rasa produk ni mahal. Aku pula beli tanpa tengok review sebab yalah maklumlah kan, tenet masa tu bukan keperluan untuk menggugel segala beauty products haha, tak terfikir nak google. Tapi, alhamdulillah, waktu pakai cleanser ni, jerawat baru tak naik pun. Bau dia pun aku suka jugak!

2. Bio Essence Acne Cleansing Gel


Sumber : Google

Ok ubat jerawat ni memang superb! Memang jerawat aku semua KECUT & TAK TINGGAL PARUT PUN . Alhamdulillah lah ubat jerawat Bio Essence ni sesuai dengan kulit aku. Dua minggu lepas pakai pencuci muka Bio Essence dan gel acne ni, ramai gak yang tanya aku pakai apa kat muka ni sebab nampak dah makin ok. Lepas tu, aku pakai bedak sejuk ni juga..


3. Bedak Sejuk Tanaka Thailand


sumber : Google

Aku pakai produk ni, sebab kakak aku pakai dan kulit dia makin ok. So, aku pun beli dan try. Lagilah jerawat aku cepat kecut. Alhamdulillah!


So, semua produk kat atas ni, aku pakai dalam tempoh 2013-2014 ja. Sepanjang tahun 2014 tu muka aku OK alhamdulillah.  Lepas tu aku try produk tempatan yang menjanjikan floles. Lepas tu, aku breakout paling teruk yang amat teruk. Huhuhu..


Produk apa yang menyebabkan muka aku teruk? Dan macam mana aku treat? Nanti aku share di next entry! Thanks sebab sudi baca. 

By the way, semua produk kat atas aku dah tak pakai dah sejak breakout. 



MATRIKULASI ATAU STPM? MANA LEBIH BAIK?

Jadi, Matrikulasi ataupun tingkatan 6?  Ni pandangan saya : Orang takut nak ambil matrik sebab katanya susah. Ada yang dah masuk matr...